Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Ciuman Terakhir Mama” - Anak Safura Meninggal Dunia

Hanafis Haris
12/10/2021 03:01 MYT

Pelakon dan penyanyi lagenda Safura Ya’cob berkongsi khabar duka apabila anaknya kembali ke rahmatullah, semalam.

Perkara itu dikongsi Safura menerusi satu hantaran di akaun Instagram miliknya.

“Alhamdulillah, ciuman terakhir mama buat Not. Wangi seharum kasturi.

“Semoga Allah tempatkan kamu anak ku Noor Shafiela di dalam syurga Allah, amin,” tulisnya.

Posting itu kemudian membuatkan ramai turut sama bersedih dengan pemergian anaknya itu.

Menerusi ruang komen, rata-rata netizen menzahirkan ucapan takziah kepada penyanyi yang popular dengan lagu Sedalam Mana Cintamu itu.

“Innalillahiwainnailaihirojiun, salam takziah buat seisi keluarga. Al- fatihah buat arwah”.

“Takziah safura. Kami doakan semoga di tempat kan orang-orang beriman”.

“Takziah buat akak dan keluarga. Al-Fatihah,” tulis beberapa netizen dan rakan selebriti.

Dalam pada itu, Gempak turut menghubungi Safura untuk mendapatkan makluman lanjut, namun sehingga kini masih belum ada sebarang maklum balas.

Apapun, takziah diucapkan kepada Safura atas kehilangan anak tercinta.

Sekadar info, Safura turut dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nurul Natasha Abdul Rani dan Muhammad Daniel Khaqim Mohd Khairi, hasil perkahwinan terdahulu.

Safura kemudiannya bertemu jodoh dengan pelakon Sahronizam.

Pasangan ini mendirikan rumahtangga pada tahun 2005 dan dikurniakan empat orang cahaya mata bernama Yusoff Firdaus, 12, Zara Nur Aisyah, 11, Ariana Sofia, 7 dan Nur Aisyah Mariam yang telah meninggal dunia ketika berusia tiga tahun pada 2008.



A post shared by SAFURA YA'COB (@safurashah)



#Anak #Safura #Safura Yaacob #MeninggalDunia
;