Juara sebuah program realiti TV, Cliff Umar mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Khamis, atas pertuduhan memiliki dadah jenis heroin, Ahad lalu.

Cliff Buat Pengakuan

Cliff Umar atau nama sebenarnya, Abdullah Umar Joseph, 42, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Sasha Diana Sabtu.

Mahkamah bagaimanapun menetapkan tarikh 31 Julai untuk laporan kimia, sebelum menjatuhkan hukuman.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa memiliki heroin seberat 0.39 gram, di tepi Jalan Persiaran Kewajipan, Subang Jaya dekat sini pada jam 3.30 petang, 26 Mei lalu.

Justeru, dia melakukan kesalahan mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 12 (3) akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dipenjara sehingga lima tahun atau denda tidak melebihi RM100,000 atau kedua-duanya.

Cliff Mohon Jaminan Direndahkan

Timbalan Pendakwa Raya Annur Athirah Amran memohon tarikh baharu bagi sebutan laporan kimia dan mencadangkan jaminan sebanyak RM6,000.

Peguam Sallehuddin Salam yang mewakili Cliff Umar dalam rayuannya bagaimanapun memohon jaminan rendah kerana tertuduh menanggung isteri dan empat anak masih bersekolah.

BERITA TRENDING: All Stars Gegar Vaganza: “Tak Patut Netizen Bash, Dia Hanya Buat Kerja” - Cliff Umar Tak Terasa Hati Gurauan Kak Lina


Beliau berkata, tertuduh hanya bekerja sebagai pemain muzik dengan pendapatan tidak menentu. Mahkamah kemudian membenarkan jaminan RM3,300 dengan seorang penjamin dan tarikh sebutan laporan kimia ditetapkan 31 Julai depan.

Sumber: AWANI

Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.