Gaya Hidup
Coklat Durian Dah Muncul! Netizen Mula 'Naik Hantu'
Tiba saja musim durian, pastinya muncul bermacam-macam jenis makanan yang dihasilkan dari raja buah itu.
Kita sudah melihat burger durian, bubble tea durian, piza durian dan banyak lagi telah dihasilkan.
Terbaru, pengeluar coklat Cadbury turut menyertai 'pesta durian' ini dengan menghasilkan produk berasaskan durian.
Malah, gambar bungkusan coklat tersebut telah mula tular di media sosial dan menjadi perbualan hangat dalam kalangan netizen.
Anda boleh melihat reaksi dan keterujaan netizen di bawah.
— TEHPANAS (@tehpanascom) July 22, 2019
sampe ke cadbury dipolah rasa durian. pic.twitter.com/orxdVKXOQs— عقيب (@aaqqiibb23) July 20, 2019
smlm baru beli coklat jgk, tp x perasan pulak ada x cadbury durian.. nnt sy try cari!????— SayanghaeHannah❤ (@LovelyHannah77) July 23, 2019
Difahamkan, harga untuk dua keping coklat ini adalah RM17 dan boleh didapati di pasaraya terdekat atau secara atas talian.
Jika anda teringin untuk mencuba perisa ini, perlu diingatkan ia adalah edisi terhad sahaja.
Must-Watch Video