Coldplay Rampas ‘Takhta’ Di Stadium Nasional Bukit Jalil, Tapi Siti Nurhaliza Yang Trending… Ini Sebabnya
Izwan Isa
24/11/2023 09:55 MYT
24/11/2023 09:55 MYT
Berita tentang jumlah kehadiran penonton yang hadir ke Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur bagi menyaksikan konsert Coldplay Music Of Spheres baru-baru ini meraih perhatian ramai orang, terutama penggemar muzik tempatan.
Hal ini kerana, jumlah kehadiran penonton bagi bagi konsert band popular itu adakah sekitar 75,000 orang, yang sekaligus menjadikan konsert berkenaan sebagai konsert dengan kehadiran tertinggi pernah diadakan di lokasi ikonik berkenaan.
Sungguhpun ‘jatuh’ ke tangga kedua, ramai dalam kalangan peminat dan juga netizen berasa bangga kerana Siti berjaya mengumpulkan lebih 70,000 penonton untuk sebuah konsert yang diadakan pada 2004.
Menerusi Konsert Fantasia Tour, Siti yang bergabung dengan barisan bintang Akademi Fantasia membuktikan yang kuasa dan pengaruh yang ada dalam dirinya pada ketika itu sungguh besar.
Justeru, tidak hairan jika nama ‘Siti’ trending di platform X sejak berita tentang jumlah penonton bagi konsert Coldplay diumumkan semalam.
Tahniah Coldplay, sebab berjaya mengumpulkan lebih 75,000 peminat untuk menikmati karya-karya anda secara langsung. Dan terima kasih Siti, sebab membuktikan anak seni tempatan juga mampu melimpahkan aura luar biasa menyita peminat dan khalayak bagi sebuah konsert berskala rasaksa.
Hal ini kerana, jumlah kehadiran penonton bagi bagi konsert band popular itu adakah sekitar 75,000 orang, yang sekaligus menjadikan konsert berkenaan sebagai konsert dengan kehadiran tertinggi pernah diadakan di lokasi ikonik berkenaan.
BERITA TRENDING: 19 Tahun ‘Duduki Takhta’ Di Stadium Nasional Bukit Jalil, Siti Nurhaliza Serah Posisi Pada Coldplay
Namun, ramai yang tidak sedar, selama 19 tahun berturut-turut, rekod kehadiran penonton tertinggi untuk sebuah konsert yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil selama ini dipegang oleh penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.Sungguhpun ‘jatuh’ ke tangga kedua, ramai dalam kalangan peminat dan juga netizen berasa bangga kerana Siti berjaya mengumpulkan lebih 70,000 penonton untuk sebuah konsert yang diadakan pada 2004.