Come On Guys, Bakar Semangat Game Of Thrones Korang Dengan Try 'Kopi Naga Viserion' Ini - Percuma Kot!

Hanafis Haris
April 11, 2019 11:02 MYT
Tidak kurang seminggu, musim terakhir siri televisyen kegemaran ramai Game Of Thrones (GOT) akan ditayangkan. Peminat setia GOT pastinya tidak sabar menantikan kemunculan siri ini.
Memeriahkan lagi 'fenomena' ini, HBO Asia kini berkerjasama dengan pengeluar minuman kopi terkemuka The Coffee Bean & Tea Leaf bagi menghasilkan menu yang 'super artistik' iaitu Espresso Cream Latte edisi khas GOT.
Apa yang istimewanya menu ini ialah penghasilan 'latte art' di bahagian atas kopi yang berbentuk Viserion. Pada yang tidak tahu, Viserion merupakan karakter naga yang popular dalam siri ini.
Jadi bagaimana untuk dapatkan minuman ini?
Apa yang anda perlu lakukan, hanya pergi ke outlet The Coffee Bean & Tea Leaf di Mid Valley dan dapatkannya secara percuma! Mudah bukan? Difahamkan sebanyak 1,600 cawan akan diagihkan selama lapan hari iaitu 13 hingga 15 April, 19 hingga 21 April serta 27 dan 28 April.
Pemberian minuman ini turut disertakan dengan beberapa lagi barangan premium dan edisi khas GOT. Anda perlu sentiasa pantau Instagram @coffebeanmy.
GOT musim kelapan ini akan mula ditayangkan pada 15 April jam 9.00 pagi di Malaysia menerusi rangkaian HBO (411 dan 431 untuk saluran HD), Astro on demand, Astro Go dan NJOI. Ia ditayangkan pada hari yang sama dengan tayangan di Amerika Syarikat.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan siri kegemaran ramai ini, untuk perkembangan lain, sila layari laman web astro.com.my/hbogameofthrones atau ikuti akaun Astro di Facebook (facebook.com/Astro) dan Instagram (instagram.com/astromalaysia).
#Astro #HBO #Game of Thrones