Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Comeback Emma Maembong & Sharnaaz Ahmad! Ini 5 Sebab Korang Perlu Layan I Promise, Janji Anaqi Mulai Malam Ni

Amri Hassan
06/12/2021 10:15 MYT
Lama tak nampak kemunculan Emma Maembong dan Sharnaaz Ahmad di kaca televisyen! Terbaharu, kedua-dua pelakon hebat ini digandingkan bersama dalam drama rantaian I Promise, Janji Anaqi yang mula ditayangkan pada malam ini.

I Promise, Janji Anaqi merupakan drama adaptasi novel tulisan Acik Lana dan diarahkan oleh Hadith Omar, individu sama yang menerajui drama hebat Angkar Cinta (Astro Prima) baru-baru ini.

Jadi, Gempak kongsikan lima sebab kenapa korang perlu layan drama I Promise, Janji Anaqi!

1. Ia merupakan drama comeback Sharnaaz Ahmad dan Emma Maembong yang sudah lama menyepi daripada drama rantaian.

2. Sharnaaz juga muncul dengan imej baharu yang pastinya akan membuatkan ramai cair!

3. I Promise, Janji Anaqi merupakan drama aksi romantik pertama yang ditayangkan di Astro Ria.

4. Drama ini mengetengahkan isu keganasan rumah tangga yang semakin meruncing dalam masyarakat kita hari ini.

5. Melibatkan ramai pelakon lagak ngeri dan aksi serta koreografi yang mendebarkan.

Sinopsis

Sepanjang Hayla berkahwin, dia sering hidup dalam ketakutan apabila menjadi mangsa keganasan rumahtangga. Percubaannya untuk melarikan diri dari suaminya dan memulakan kehidupan baru telah menemukannya dengan Anaqi, seorang pembunuh upahan yang diburu akibat kisah silam.

Hayla dan Anaqi jatuh cinta, namun begitu Anaqi sentiasa mempersoalkan sama-ada dirinya itu layak menerima kasih sayang Hayla. Risau akan Hayla sekiranya hubungan mereka diteruskan, Anaqi berjanji untuk memastikan keselamatan Hayla terjamin.

Mampukah dia mengotakan janjinya itu? Adakah nasib Hayla akan berterusan sebagai mangsa keganasan?

Drama I Promise, Janji Anaqi turut dibintangi Dayana Roza, Talha Harith, Wan Elyas, Alicia Amin dan Isaac Iman.

Drama 24 episod ini mula ditayangkan pada 6 Disember 2021 setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 11 malam di Astro Ria.
#Emma Maembong #Astro Ria #Sharnaaz Ahmad #Drama #comeback #I Promise, Janji Anaqi