Skip to main content

Budaya Popular

Comel! Aksi Tarian Syed Saddiq Bersama Bella Astillah Sempena Pesta Kaamatan Buat Netizen Terhibur - “Keras Perut Gelak”

astro_gempak_-2025-05-31t070518-781.png

Biarpun tarian Saddiq nampak agak kekok dan keras, namun Bella tetap memuji sifat ingin belajar dan berani Saddiq.

“But at least he danced his heart out (and a bit off-beat yang cute gilaa) I brought the moves, he brought the courage and cuteness,” kongsi Bella lagi.

Dalam pada itu, Saddiq juga turut meninggalkan komen dengan berseloroh dia tidak dapat memberi reaksi terhadap tariannya itu.

“Tak tahu nak ketawa atau menangis bila tengok semula. Takpa, izinkan saya fokus dalam parlimen saja la,” komen Saddiq.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet terhibur dengan aksi tarian yang ditunjukkan Saddiq bersama Bella.

Malah, ramai juga menyifatkan video tarian tersebut sangat comel dan menghiburkan.

Must-Watch Video

Advertisement