Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“Comel & Baik Je” - Gelagat Ardell Aryana Buat Tutorial Tudung Pada Anak Buat Netizen Terhibur

Azwa Rahman
11/02/2021 11:33 MYT
Pelakon Ardell Aryana mencuri tumpuan wargamaya apabila bekongsi video tutorial tudung yang dikenakan pada anak perempuannya, Arwa Malaikha Urwa, 1 tahun.

Menerusi laman sosial Instagram, Ardell atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin, 30, berkongsi video tersebut untuk tatapan umum.

“Hari ini model saya nak tunjuk tutorial set Hawa yang siap sarung, ironless, tak panas dan selesa bila pakai,” tulis Ardell menerusi ruangan kapsyen.

A post shared by نور الهداية (@ardellaryana)


Menerusi perkongsian video berdurasi satu minit itu, Ardell dilihat mengenakan tudung mudah sarung kepada anaknya yang tenang dan gembira apabila dipakaikan hijab tersebut.

Meninjau ke ruangan komen, ramai wargamaya terhibur melihat aksi Urwa yang bersahaja dan comel apabila dipakaikan tudung.

“Masya-Allah dia duduk diam je bila ummi pakaikan. Geram nak kiss dia,” komen seorang wargamaya.

Eee bagusnya dia, senyap je bila orang pakaikan tudung,” puji seorang wargamaya.

Comelnya, pandai dia diam bila orang sarungkan tudung tu,” kata seorang wargamaya.

Alololo baiknya, dia tak tarik pun tudung tu bila dipakaikan,” tulis seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, video tersebut telah menerima hampir 400,000 tontonan oleh pengikutnya.

Sekadar info, Ardell mendirikan rumah tangga dengan Nadzmi Adwa pada 1 September 2019.

#Ardell Aryana #Anak Selebriti #Arwa Malaikha Urwa