Gelagat penyanyi rap, Caprice sewaktu mengambil suntikan vaksin menjadi perhatian netizen.

Caprice yang selama ini dilihat sebagai seorang yang ‘gantleman’ ini rupanya mempunyai fobia terhadap jarum.

Menerusi video pendek yang dimuat naik di akaun Instagramnya itu merakamkan Caprice sedang cuba menenangkan diri sebelum menerima suntikan.

Paling comel apabila jururawat juga cuba membantu untuk menenangkan Caprice dengan cara berbual dengannya.

Menerusi rakaman itu juga dapat dilihat Caprice meminta maaf kepada jururawat kerana cubaan mengelak dari dicucuk akibat takutkan jarum.

Bagaimanapun menerusi coretannya, Caprice berterima kasih kepada petugas barisan hadapan kerana bersabar dengan karenahnya.

“Apa yang berlaku sebenarnye di balik tabir. Salute kepada frontliners for your service and sacrifice... Kita memang dah kene banned di banyak hospital sebab kalau nak ambik darah atau cucuk IV akan ambik masa 30 mins untuk baca Al-Fatihah, Zikir, countdown, tapi ni 1st time suruh rap...

“Hang boleh cabar kita dengan apa-apa je... Kecuali jarum dan naik kapal terbang. Memang fobia... lol. Terima kasih sebab nurse-nurse sangat sporting.

“Alhamdulillah, hope the rest of Malaysia dapat vaksin secepat mungkin. Insya-Allah,” kongsinya.

A post shared by Caprice (@capriceofficial)


Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata netizen juga mengusik Caprice.

Sekadar info, dalam istilah perubatan, ketakutan pada jarum dinamakan sebagai trypanophobia, iaitu ketakutan yang melampau terhadap prosedur perubatan yang menggunakan jarum.

Ini termasuklah semua bentuk suntikan memasukkan ubat, pengambilan darah ataupun apa sahaja yang melibatkan penggunaan jarum.