Laman Utama

Comel Bila Ummi Nazeera Kongsi Hint Suami Nak Bersukan, Tapi - “Tengok Ada Luka Dekat Dahi Dan Siku”

gempak
Mya Amri
10/03/2021
09:00 MYT
Sponsor Banner
Comel Bila Ummi Nazeera Kongsi Hint Suami Nak Bersukan, Tapi - “Tengok Ada Luka Dekat Dahi Dan Siku”
Pelakon Ummi Nazeera berkongsi momen comel setiap kali suaminya, Dr Izzar Anwari mahu melakukan aktiviti sukan.
Menerusi perkongsian terbaharu di akaun Instagram miliknya, Ummi memberitahu sudah lali dengan taktik atau helah yang digunakan suaminya sebagai tanda untuk meminta izin.
“Dia nak main bola keranjang jadi dia bagi hint macam ni semalam. Puji satu perenggan je nevertheless thank you my love.
“Jumaat lepas dia main bola sepak balik rumah tengok ada luka dekat dahi dan siku. Besar jugalah luka dekat siku tu. Perlahan-lahan dia tunjuk sambil senyum.
“Kita tanya sakit tak. Dia jawab “Tak... Biasalah lelaki. Tapi bila terlanggar keluar jugalah bunyi sakit “ssss” haaa.
“Dia buat-buat tak sakit dan tak letih keesokan hari sebab tak nak kita tegur bersukan rupanya.
“Jadi isteri-isteri jangan terpedaya kalau suami nampak macam tak letih keesokan hari. Seeloknya kita bagilah dia rehat lama sikit,” tulisnya mengusik.
Ummi dan Dr. Izzar mendirikan rumah tangga pada 23 Julai 2017.
Hasil perkahwinan itu pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata, Ayra Aneesa.
Ummi juga kini sedang hamil anak kedua. Usia kandungan Ummi juga sudah mencecah tujuh bulan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live