Pelakon Intan Ladyana mencuri perhatian ramai apabila sebuah video menunjukkan perut ‘baby bump’nya dikongsi di media sosial.

Menerusi laman sosial Instagram, pelakon Dazrin Kamaruddin memuat naik video pelakon tersebut yang berkunjung ke kedai karpet miliknya bersama suami, aktor Harris Alif.

Thanks for coming guys @intanladyana @harrisalif,” tulis Dazrin ringkas di ruangan kapsyen.

Pada perkongsian berdurasi 15 saat itu, Intan dan Harris dilihat sedang menari mengikut trend tarian tradisional di platform TikTok yang jelas memperlihatkan perutnya seperti berisi.

A post shared by Dazrin Kamarudin (@dazrin88)


Sementara itu di ruangan komen, ada wargamaya yang memberikan komen teruja melihat ‘baby bump’ Intan.

“Comey baby bump tuuu autch,” komen seorang wargamaya.

“Comelnya baby bump @intanladyana,” kata seorang wargamaya.

Baby bump alhamdulillah,” ujar seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 16,000 tontonan daripada pengikutnya.

Pada Oktober lalu, khabar angin yang menyatakan Intan sedang hamil bertiup kencang oleh kerana penampilannya sedikir berisi pada bahagian perut.

Namun sehingga ke hari ini, Intan memilih untuk senyap daripada memberikan sebarang kenyataan.

Sekadar info, Intan, 39, dan Harris, 22, mendirikan rumah tangga pada Februari lalu.

Hubungan cinta Intan dan Harris mendapat perhatian netizen memandangkan jarak usia mereka yang agak jauh iaitu 17 tahun.