Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Comel Mak Iti Tuala Atas Bahu…Teringat Arwah Mak”- Gaya Siti Nurhaliza Masak Juadah Buka Puasa Jadi Perhatian!

Syafiqah Jalal
11/04/2022 09:52 MYT
Pelakon Indonesia, Tya Ariffin gembira berkongsi suasana ketika berbuka puasa di kediaman bapa mentuanya, Datuk Seri Khalid bersama ahli keluarga lain.

Tya mengucapkan terima kasih kepada penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza kerana telah menyediakan juadah untuk berbuka mereka sekeluarga.

“Berbuka bersama dengan keluarga. Mak iti (Siti Nurhaliza) masak ketam telur masin, sedap. Thank you Mak Iti @ctdk .

“Dan tak dilupakan cameraman live kak icha @izaraaishahofficial. Alhamdulillah berbuka selesai…,” tulisnya.

Pun begitu, dari foto-foto yang dikongsikan oleh isteri kepada Asyraf Khalid itu, aksi dan gaya Siti Nurhaliza memasak di dapur paling mencuri perhatian.

Gayanya bersahaja dengan kain tuala kecil di bahu telah membuatkan ramai kagum dengan Siti Nurhaliza.

“Kann..walau penyanyi nombor satu negara, bila kt dapur tetap (tanda bagus) macam mak-mak kita,” komen salah seorang netizen.

“Comel Mak Iti.. Tuala atas bahu.. Teringat arwah Mak.. Kalau masak macam itulah style nya,” kata salah seorang warga net.

“Mulia hatinya @ctdk Ratu di rumahnya sendiri melayani keluarga berbuka puasa,” ujar salah seorang warga maya.

A post shared by Tya Arifin (@tyaarifinnw)

#Penyanyi #Siti Nurhaliza #masak #comel #Puasa #Dapur
;