Pelakon Hannah Delisha mendapat perhatian wargamaya selepas memuat naik foto terbaharunya.

Menerusi akaun Instagram, Hannah telah memuat naik foto yang merakamkan wajahnya dengan solekan minimalis.

Apa yang menjadi tumpuan wargamaya adalah kulit wajah Hannah yang bersih, mulus dan licin seperti kulit telur.

Malah, Hannah atau nama sebenarnya Hannah Delisha Blackburne Birch itu kelihatan semakin berseri dan manis selepas berkahwin.

A post shared by Hannah Delisha (@hannahdelisha)


Dalam pada itu menerusi ruangan komen di entri berkenaan, rata-rata wargamaya terpesona melihat kecantikan semulajadi Hannah.



Hannah telah berkahwin dengan Muhammad Imam Shah di Singapura pada 18 Februari lalu.

Difahamkan, pasangan ini telah menjalin hubungan cinta selama lima tahun sebelum ke jenjang pelamin.