Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
BERITA

Comel, Reaksi Spontan Aafiyah ‘Restu’ Fara Fauzana & Anuar Zain

Syafiqah Jalal 16/08/2018 | 11:33 MYT
Rakaman video pengacara Fara Fauzana bersama anak penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Aafiyah mendapat perhatian netizen.
Video tersebut dimuat naik sendiri oleh Farah Fauzana atau Fafau ke akaun Instagram (IG) miliknya semalam.
Menerusi video tersebut, menunjukkan reaksi spontan Aafiyah apabila dilihat seolah-olah bersetuju jika Fafau dipadankan dengan penyanyi terkenal Anuar Zain.
Lebih melucukan apabila kebetulan, Aafiyah memberi respon menggoyangkan kepalanya tanda setuju seperti yang diminta Fafau.
“Alhamdulillah… Aafiyah merestui, budak-budak jujur,” kata Fara.
Hasil perkongsian itu juga telah mengundang beberapa komen yang memberi ucapan tahniah kepada Fafau.
Malah pengikutnya juga turut sepakat menyetujui jika mereka disatukan.
Tidak kurang juga ramai yang memberikan komen emoji ketawa kerana melihat telatah anak Siti yang comel itu.
#Penyanyi #Farah Fauzana #Siti Nurhaliza #Penyanyi #Siti Aafiyah #Aafiyah