Gempak logo
Breaking news banner
Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
BERITA

“Comel Sangat Nak Takut”- Kostum Halloween Lara Alana Curi Perhatian Netizen

article-author-avatar
Syafiqah Jalal 01/11/2018 | 04:11 MYT
“Comel Sangat Nak Takut”- Kostum Halloween Lara Alana Curi Perhatian Netizen
Kostum sambutan Halloween anak kepada pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya, Lara Alana curi perhatian netizen.
Menerusi foto yang dikongsi di akaun Instagram (IG) Lara, si comel itu memakai kostum anak patung Sally dengan wajah yang disolek seperti bibirnya panjang terbelah.
Rata-rata memuji kecomelan Lara walaupun sepatutnya kostum dan solekan itu bertujuan untuk menakutkan.
Malah ramai yang terhibur melihat gaya Lara yang cuba mengikut tema Halloween.
Lara kini berusia empat tahun.
#Scha Al-Yahya #Awal Ashaari #Lara Alana #Halloween