Usahawan muda terkenal Cik B mencuri perhatian wargamaya apabila baru sahaja memakai pandakap gigi untuk memperbaiki kedudukan giginya.

Menerusi laman sosial Twitter, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin memuat naik sebuah video imej terbarunya itu untuk tatapan umum.

“Teruja sebab braces”, tulis Cik B ringkas sebagai kapsyen video.Menerusi perkongsian video berdurasi 22 saat itu, Cik B kelihatan girang menunjukkan pendakap gigi yang baru dipasang.

Meninjau ke ruangan balas, ramai yang teruja melihat penampilan terbaru Cik B yang kelihatan comel dengan pendakap giginya.

Malah, ramai yang berkongsi tips untuk pemakaian pendakap gigi pada peringkat awal dan meminta Cik B untuk kuat semangat.

“Cik B, i dulu sebab pakai braces la i turun 30kg dan sekarang orang dah tak kenal sebab dah lain. You can do it Cik B,” sokong seorang wargamaya.

“Dalam Malaysia ni 3 org ja yang aku izinkan jadi gedik. Ella, Kak Lina Pompom dengan Cik B,” kata seorang wargamaya.

“Cik B pakai braces comel. Orang lain tak,” tulis seorang wargamaya.

“Cute Cik B. Selamat terselit menyelit sisa makanan di bracket ye Cik B. Benda paling nyampah ni tapi still nak makan jugak lol,” komen seorang wargamaya.

“Hahahaha comel gila Cik B,” puji seorang wargamaya.

“Pergh good luck Cik B! Sakit sikit je nanti tu haha,” ujar seorang wargamaya.

“Road to beauty, nanti Cik B lawoo,” tulis seorang wargamaya lagi.

BACA: Cik B Batal Niat Pakai 'Braces' Gara-Gara Jawapan Netizen - "Dekat Dua Minggu Tak Boleh Makan ..."

Sehingga kini, video tersebut telah menerima hampir 120,000 tontonan serta 10,000 tanda suka daripada warga Twitter.