Berita

Comelnya! 5 Selebriti Ini Sedang Hamil Anak Pertama

gempak
Syafiqah Jalal
08/07/2020
09:49 MYT
Sponsor Banner
Comelnya! 5 Selebriti Ini Sedang Hamil Anak Pertama
Tahun 2020 telah memberi sinar baru buat beberapa selebriti tanah air apabila mendapat berita gembira kehamilan anak pertama.
Keterujaan menimang cahaya mata pertama pasti membuatkan 5 selebriti ini tidak sabar menanti kehadiran orang baru dalam keluarga mereka.
Berikut Astro Gempak senaraikan 5 selebriti tersebut:
#1 Nur Fazura
Selepas dua tahun berumah tangga pasangan selebriti Nur Fazura dan Fattah Amin gembira mengumumkan mereka bakal menimang cahaya mata pertama tidak lama lagi.
Berita kehamilan Fazura ini amat dinanti-nantikan oleh peminatnya sehingga sebelum ini ramai membuat andaian pelakon wanita ini sudah pun hamil di awal perkahwinan mereka.
Kandungan Fazura berusia empa bulan sewaktu dia mengumumkan berita gembira itu pada April lalu. Pasangan ini berkahwin pada 27 November 2017 dalam sebuah majlis tertutup.
BACA: Fazura Hamil Empat Bulan, Fattah Amin Bakal Jadi Bapa… Tahniah!
#2 Farah Nabilah Pelakon Farah Nabilah berkongsi berita kehamilannya selepas ia mencecah berusia lima bulan.
Pasangan itu gembira mengumumkan dia dan suami bunting pelamin selepas mereka diijabkabulkan pada 20 Disember lalu di Mutiara Ballroom, Royale Chulan Damansara.
BACA: Tahniah, Dah 19 Minggu! Farah Nabilah Hamil Anak Sulung
#3 Eyra Hazali
Pelakon drama bersiri Puteri Yang Ditukar, Eyra Hazali mengumumkan dirinya berbadan dua dalam satu video kejutan buat suaminya, pemain bola sepak kebangsaan, Muhammad Haziq Nadzli.
Menerusi video tersebut, Eyra dan suaminya mengalirkan air mata terharu selepas mengetahui berita itu.
Eyra dan Haziq berkahwin pada 1 November 2019 selepas dua tahun berkenalan.
BACA: "Tak Tahu Nak Cakap Macam Mana Tapi Sangat Bersyukur" - Eyra Hazali Sahkan Hamil
#4 Emma Maembong
Pelakon Emma Maembong baru sahaja mengumumkan berita gembiranya semalam bahawa dia kini sedang berbadan dua.
Difahamkan Emma dan suami yang kini sedang berbulan madu di Pulau Langkawi.
Menerusi foto yang dimuat naik Emma di akaun Instagram miliknya, pelakon wanita itu dilihat gembira bersama baby bump.
Emma Maembong, 27, sah bergelar isteri kepada juruterbang, Muhammad Shazli Azhar, 32, pada majlis tertutup di sebuah premis acara di Bukit Damansara pada 20 Februari lalu.
#5 Hani Fadzil Penyampai radio dan pengacara Hani Fadhzil mengumumkan berita gembira dia berbadan dua di Instagram selepas dua tahun berkahwin.
Hani hamil selepas lebih setahun melakukan pembedahan membuang sista (cyst) pada bahagian ovarinya
Hani dan suami, Wan Faiz bernikah pada 7 Julai 2017 dalam sebuah majlis yang berlangsung meriah di sebuah dewan acara terkemuka di Putrajaya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live