Comelnya! Aksi Kanak-Kanak Ini Tiru Pose Neelofa Buat Netizen Terhibur

Kamaruddin Razal
Disember 11, 2018 10:30 MYT
Aksi seorang kanak-kanak perempuan yang meniru aksi pelakon dan pengacara MeleTOP, Neelofa membuatkan netizen terhibur.
Kira-kira 15 keping foto kanak-kanak terbabit yang meniru aksi dan pemakaian Neelofa sedang tular di laman sosial.
Rata-rata netizen memuji aksi kanak-kanak yang 'berjaya' meniru Neelofa, baik dari segi pakaian, tudung, turban dan 'pose'.
Malah, kedudukan tahi lalat kanak-kanak itu yang dibuat persis tahi lalat Neelofa membuatkan netizen geli hati!
Berikut merupakan koleksi foto kanak-kanak comel terbabit, memang comel!
#Viral #Neelofa #Viral