Comelnya Anak-anak Felix Agus

Syafiqah Jalal
Januari 16, 2017 10:22 MYT
Bekas naib juara Akademi Fantasia musim ketiga (AF3), Felix Agus mungkin tidak pernah mendedahkan cerita mengenai keluarganya kepada media dan umum, tetapi menerusi laman sosial Instagram (IG) miliknya penyanyi ini sering berkongsi foto anak-anak dan isterinya.
Felix yang sudah berkahwin dengan Lydia Larius Gojih pada tahun 2011 itu telah dikurniakan sepasang anak yang sangat comel.
Putera sulungnya kini berusia empat tahun dan anak perempuannya pula baru berusia dua tahun.
Menerusi foto-foto yang dikongsi Felix banyak meluangkan masa bersama anak-anaknya. Banyak juga gelagat comel dan nakal anaknya yang dikongsikan.
Felix kelihatan seperti seorang bapa yang penyanyang bila bersama anak-anaknya
.
Jom kita layan foto-foto mereka:
#Penyanyi #Penyanyi #Anak Felix Agus #Felix Agus