Cabaran #wipeitdownchallenge yang popular di aplikasi Tik Tok kini semakin menjadi ikutan ramai.

Tidak ketinggalan, penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza turut melakukan cabaran itu bersama anak comelnya, Siti Aafiyah Khalid.

Video itu dikongsi Siti menerusi entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan ramai.

"Aafiyah dengan ibu buat #wipeitdownchallenge jugak! boleh la ya," tulis Siti.



Meninjau ruangan komen entri berkenaan, rata-rata pengikut Siti terhibur melihat gelagatnya dan kecomelan Aafiyah.

"Comelnya anak dengan ibu," tulis seorang wargamaya.

"Kenapa comel sangat dua beranak ni," tulis pengguna Instagram yang lain.

"So cute, pandai lah Aafiyah ni," tulis seorang wargamaya lagi.

Aafiyah dengan ibu buat #wipeitdownchallenge jugak! boleh la yek ??

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on




Terdahulu, Siti dan suaminya Datuk Khalid Mohd Jiwa mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2006.

Selepas 11 tahun, mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Siti Aafiyah pada 19 Mac 2018.