Comelnya Anak Keenam V.O.S Park Ji Heon

Mya Amri
Februari 2, 2018 15:10 MYT
Anggota kumpulan V.O.S, Park Ji Heon mendedahkan wajah anak keenamnya sebaik sahaja isterinya selamat bersalin.
Ji Heon berkongsi beberapa foto merakamkan momen indah bersama isteri dan lima anak-anak yang lain di akaun Instagramnya hari ini.
Menerusi foto tersebut jelas menunjukkan isteri dan bayi perempuan comel seberat 2.86 kilogram itu berada dalam keadaan sihat.
“Ini merupakan keputusan paling sukar yang dilakukan oleh isteri saya selepas dia memilih untuk mempunyai anak keenam.
“Pada mulanya, keluarga kami agak bimbang namun kini kami semua respek dengan keputusan yang dilakukan olehnya.
“Pada jam 11.18 pagi, Dam Yi dengan berat 2.86 kilogram hadir dalam keluarga seperti malaikat,” tulisnya.
Dalam pada itu, ruangan komen foto berkenaan dihujani dengan ucapan tahniah daripada pengikutnya.
Foto: Instagram @vosjiheon
Teks oleh: Mya Amri
#Anak #Artis Korea #Park Ji Heon