“Comelnya Bff Ni” - Kembali Berbaik, Netizen Terhibur Fathia Latiff & Zarina Anjoulie Menari TikTok!!
Pelakon Fathia Latiff dan Zarina Anjoulie mencuri perhatian netizen apabila hubungan kedua-duanya kembali pulih.
Selepas dua tahun dikatakan putus sahabat, mereka nampak gayanya telah berdamai, malah dilihat banyak meluangkan masa bersama-sama.
Video tersebut dimuat naik menerusi satu posting terbaru Zarina atau lebih mesra disapa Anju.
Menerusi ruang komen, rata-ratanya gembira apabila melihat dua pelakon itu sudah berdamai.
Malah, kebanyakan mereka terhihur dengan video TikTok dihasilkan mereka.
“Ah comelnya dua ni menari TikTok.”
“Ok Bff dah kembali.”
“Happy bila tengok dua-dua ni berbaik” kata beberapa netizen.
Terdahulu, pertemuan kedua-dua pelakon itu dikongsikan seorang pendandan rambut selebriti, Ridzokimura menerusi laman Instagramnya.
Dalam video itu, Fathia dan Zarina mengakui mereka sudah dua tahun tidak bertegur sapa.
Ridzokimura turut mendedahkan Fathia berhasrat untuk mengajak sahabatnya itu untuk terus mendalami ilmu agama bersama-sama dirinya.