Laman Utama
“Comelnya Dua-Dua” - Aksi Iman Troye Ajar Ibu Buat Tiktok, Netizen Kata Macam Adik-Beradik!
Penyanyi Iman Troye mencuri perhatian wargamaya apabila mengajar ibunya untuk beraksi bagi sebuah video TikTok.
Menerusi laman sosial Instagram, Iman Troye atau nama sebenarnya Iman Alyssa Sahabudin, 19, berkongsi sedutan video bersama ibunya itu untuk tatapan umum.
“One with mama, sampai ke sudah mama tak buat rawr tu,” tulis Iman di ruangan kapsyen.
Menerusi perkongsian berdurasi 15 saat itu, ibu Iman mencuba melakukan aksi ‘rawr’ mengikut rentak lagu namun tidak menepati seperti apa yang dimahukan oleh anaknya.
Meninjau ke ruangan komen, ramai wargamaya yang terhibur melihat gelagat dua beranak itu melakukan tarian comel di hadapan kamera telefon pintar.
Malah, aksi ibu Iman yang comel dan bersahaja itu turut menarik perhatian ramai.
“Comelnya dua-dua,” komen seorang wargamaya.
“Bakal mak mertua saya ni,” usik seorang wargamaya.
“Hahaha mama taknak layan,” kata seorang wargamaya.
“Lahh mak ke? Ingatkan adik tadi,” ujar seorang wargamaya.
“Cantiknya mama Iman, patutlah Iman pun cantik,” puji seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, video tersebut telah menerima hampir setengah juta tontonan daripada warga Instagram.