Comelnya Eissa Ezlander & Noah Ismail Lepak Tepi Pantai

Syafiqah Jalal
Januari 19, 2017 03:57 MYT
Comelnya Eissa Ezlander & Noah Ismail Lepak Tepi Pantai
Comel sungguh dua hero kesayangan Yasmin Hani dan Shaarin bersantai tepi pantai.
Yang sebenarnya baru-baru ini Eissa dan Noah bersama ibu dan bapa mereka telah mengadakan sesi fotografi bersama Camora Arts.
Yasmin Hani, walaupun baru 17 hari berpantang, tetap bersemangat dan bersahaja sepanjang 'photoshoot' berlangsung.
Menerusi beberapa keping foto ekslusif yang dihantar kepada Astro Gempak, Eissa kelihatan sangat comel apabila digayakan seperti sedang bersantai di tepi pantai.
Begitu juga Noah, tidak kekok dan nampak seperti sudah biasa dengan kamera!
Jom kita layan foto-foto comel Eissa bersama keluarganya di bawah:
Foto kredit: Camora Arts
Teks oleh: Syafiqah Jalal
#Eissa Elzander Wong #Yasmin Hani #Noah Ismail Wong