Pelakon popular, Fasha Sandha berkongsi foto anak bongsunya, Aisha Amaira yang memasuki usia dua minggu hari ini.

Perkongsian itu dibuat menerusi entri di akaun Instagram milik Fasha.

Pemilik nama sebenar Nur Fasha Sandha Hassan ini juga sempat meluahkan rasa gembira kerana anaknya itu membesar dengan baik sejak dilahirkan pada 7 Ogos lalu.

"Assalamualaikum kesayangan ibu, hari ini Aisha dah dua minggu, Aisha membesar dengan jayanya kan, terima kasih susu ibu.

"Hari ini ibu rajin, jadi photographer untuk Aisha, pandai kan ibu Aisha jadi photographer," tulis Fasha sebagai kapsyen.

Entri tersebut semestinya menarik perhatian wargamaya yang 'jatuh hati' dengan kecomelan Aisha.

Rata-rata mereka turut mendoakan agar Aisha membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah.

Aisha Amaira merupakan cahaya mata pertama Aidil dan Fasha selepas mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2019.

Fasha sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli namun bercerai pada 206.

Hasil perkahwinan pertamanya, Fasha dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, Putra Rayfal dan Puteri Raysha Jemyma.

Assalamualaikum kesayangan ibu, Hari ni Aisha 2 Minggu. Aisha membesar dengan jayanya kan. Terima kasih susu ibu. Hari ni ibu Aisha rajin, jadi photographer untuk Aisha. Pandai kan ibu Aisha jadi photographer ?? #iburayfalraysha #iburayfalrayshaaisha ?

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on