Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Comelnya Fazura Di Majlis Perkahwinan Adik Ipar – Tahniah! Keluarga Fattah Terima 2 Menantu Dalam Seminggu!

Fiza Kamarudin
03/12/2017 06:51 MYT
Wah! Dalam masa dua minggu ibu dan bapa pelakon popular Fattah Amin telah menerima dua menantu dalam keluarga mereka.

Tahniah berganda dari kami di Astro Gempak. Semakin besar dan meriahlah keluarga Mohd Amin dan Ibu Zah selepas ini ya!

Menariknya, pasangan pengantin baru Fattah Amin dan Fazura turut menjadi perhatian sepanjang majlis berlangsung.

Menerusi pemerhatian Astro Gempak selepas melihat beberapa video yang tersebar di Instagram, peminat mula memanggil Fattah dan Fazura dengan gelaran Abang Long dan Kak Long.

Astro Gempak difahamkan majlis perkahwinan adik kedua Fattah yang dipanggil ‘Angah’ ini telah berlangsung pada Jumaat (akad nikah) dan majlis persandingan berlangsung pada Sabtu (semalam).



Lebih sweet lagi Fattah tidak melepaskan genggaman tangan isterinya ‘Yang Paling Manis’ walau sesaat pun!

Ada juga peminat yang mengusik nakal dan memberi komen; “Abang Long sayang sangat dekat Kak Long sebab itu tangan tak lepas-lepas dari tadi.”

Yang penting, kami dah tak sabar nak tunggu majlis resepsi Fattah dan Fazura yang dijangka berlangsung pada Januari depan.

Apa-apa pun jom tengok foto-foto dan video yang dikongsi oleh peminat #FattZura di Instagram ini:

Nak repost jugak sbb sweet sangat ??❤❤@Regranned from @embunreal - Alahai sweetnya abanglong & kaklong kita malam ni..ehe????. #weddingangah Igs @fadzchumel - #regrann

A post shared by #supportfattahamin (@fattahaddlct) on



#Repost from @fattahaminzteam__ by @BatchSave ••• #Repost @embunreal (@get_repost) ・・・ Along & kaklong turunkan ilmu rumahtangga pada pengantin ke apa tuuu..??. #weddingangah Igs @pipicomel

A post shared by YPC?YPM (@miszmanisleting) on



#Kahwin #Fattah Amin #Fazura #Kahwin #Fazura
;