Pengacara, Hawa Rizwana menunjukkan rasa bersemangat untuk menyertai perarakan sambutan Hari Kebangsaan yang ke-66 bersama unit bomba di Dataran Putrajaya.

Hawa memaklumkan perkara itu menerusi video pendek di akaun Instagram ERA.JE hari ini.

Menurut Hawa, dia dan juga rakan-rakan program Real Men Malaysia: Wira Merah telah pun bersedia sejak jam 6 pagi untuk menyertai perarakan itu.

“Sekarang dalam jam 6 lagi, kita nak bersedia, jadi hari ini hanya pakai separuh celoreng, seluar dengan baju t-shirt bomba dan beret.

“Tengah bersiap dan yang lain juga pergi solat subuh. Sekarang pakai beret dan logonya di sebelah kiri, bahagian kanan ini kena kelepet sedikit,” ujarnya tersenyum.

A post shared by ERA - Muzik Hit Terkini (@era.je)


Selain Hawa, rakan Real Men Malaysia: Wira Merah lain yang terlibat antaranya Daniel Cheang, Jasmine Suraya dan Eric Lay.

Selamat Hari Kebangsaan yang ke 66 kami ucapkan buat seluruh rakyat Malaysia.