“Comelnya, Hidung Mancung” – Adira Dedah Wajah Anak Kedua

Mya Amri
September 12, 2018 06:48 MYT
Penyanyi Adira Suhaimi akhirnya mendedahkan wajah anak keduanya yang lahir pada 9 September lalu.
Menerusi akaun Instagram (IG)nya, Adira turut memperkenalkan nama puteranya itu dengan menggunakan hashtag #asan.
Foto itu telah dikongsi dengan menggunakan kapsyen ringkas, “Assalammualaikum” semalam.
Terdahulu, Adira telah menjalani pembedahan Caesarean atau LSCS untuk kelahiran anak keduanya.
Adira dan Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali dengan nama Datuk Red telah berkahwin pada 3 Disember 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Anggrek pada 10 Mac 2017.
#Penyanyi #Anak #Penyanyi #Adira Suhaimi