Comelnya! Lihat Bagaimana Kontroversi Ini Akhirnya Menjadikan Rakyat Malaysia Kembali Bersatu!

Hanafis Haris
Ogos 21, 2020 10:56 MYT

Sejak semalam, pelakon Mira Filzah telah menjadi perdebatan di laman sosial Twitter apabila dilabel ‘cultural appropriation queen’ oleh seorang individu.

Biarpun ada yang bersetuju dengan pandangan tersebut, namun majoritinya menganggap isu tersebut tidak harus dibangkitkan memandangkan Malaysia merupakan negara majmuk.

Walaubagaimanapun, di sebalik isu negatif itu, situasi dilihat mula bertukar arah apabilakebanyakan netizen mula berkongsi gambar mereka menyarung baju daripada bangsa lain.

Melayu memakai cheongsam dan sari, Cina dan India pula memakai baju Melayu. Begitu juga dengan bangsa lain.

Malah, semangat ini turut dikongsi oleh selebriti tempatan termasuklah pembaca berita popular Raymon Goh serta penyanyi Nourul Depp.

Anda boleh lihat antara gambar comel mereka di bawah.

As far as I can remember, culture has been shared generously and enjoyed together by different ethnicities in this country. It’s part of what makes us Malaysians. pic.twitter.com/iVkYoFMSSP

— Raymond Goh (@RaymondNewsMPB) August 20, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Diharapkan dengan usaha orang ramai memuat naik gambar mereka menyarung baju daripada berbilang bangsa ini dapat menjernihkan keadaan.

semalam je my cg seni ceritakan psal adam dan hawa, fitrah manusia, syurga, jin, setan kat kelas. it's really fun, being able to learn new knowledge of other religion. tak kenal, maka tak cinta ❤️ (thread) #SayangMalaysia https://t.co/Hs09ujlsWa pic.twitter.com/VjXJQPs4fx

— 月?? (@yennierubyyen) August 20, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Terdahulu, seorang pengguna di Twitter melabelkan Mira sebagai 'cultural appropriation queen' hingga mencetuskan ketegangan.

Isu tersebut menyebabkan Mira Filzah tampil membuat permohonan maaf.

[BACA: Dakwaan Eksploitasi Pakaian Masyarakat India Demi Untung, Mira Filzah Mohon Maaf!

#Viral #Viral #1Malaysia #Bangsa