“Comelnya, Macam Muka...”- Nubhan Dedah Wajah Anak Kedua

Syafiqah Jalal
Januari 23, 2019 05:12 MYT
Penyanyi Ahmad Nubhan Ahamad buat pertama kalinya mendedahkan wajah anak keduanya dengan jelas selepas selamat dilahirkan 19 Januari lalu.
Nubhan berkongsi foto wajah anaknya itu di akaun Instagram miliknya.
Entri tersebut mendapat perhatian peninat yang rata-rata memuji wajah comel anak lelakinya itu.
Malah ramai yang akui wajahya iras anak pertama Nubhan iaitu Aafiya.
[BACA: "Good Night Gang Masjid Abah.." - Nubhan Selamat Timang Bayi Lelaki]
Bayi yang dipanggil dengan nama Cikmad itu dilahirkan secara normal oleh isterinya, Dr Afifah Hidayah Tawfek.
Nubhan yang berkahwin dengan Afifah, 29, pada Ogos 2015 menyambut kelahiran anak sulung, Aafiya, pada Mei 2017.
#Penyanyi #Anak #Nubhan #Penyanyi #Nubhan