“Comelnya Mak Buyung Tu”- Adira Suhaimi Hamil Lagi?

Syafiqah Jalal
Julai 11, 2018 07:28 MYT
Sekeping foto yang menunjukkan fizikal penyanyi Adira Suhaimi seperti berbadan dua dan menampakan ‘baby bump’ telah mendapat perhatian peminat.
Foto tersebut dimuat naik sendiri oleh suaminya, Datuk Red ke akaun Instagram (IG) peribadinya sebentar tadi.
Menerusi foto tersebut, Datuk Red dengan Adira bergambar bersama Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.
Foto tersebut telah mengejutkan ramai peminatnya kerana penyanyi itu sudah lama tidak muncul di acara hiburan.
Rata-rata peminat bagaimana pun mengucapkan tahniah kepada penyanyi tersebut.
“Adira pregnant ke? Congratulation.
“Comelnya mak buyung tu.
“Dah besar baby bump,” antara komen-komen peminat.
Namun sehingga kini, masih belum ada kenyataan daripada Adira sendiri mengenai berita tersebut.
Foto: IG Datuk Red/ Adira Suhaimi
Teks oleh: Syafiqah Jalal
#Penyanyi #Hamil #Mengandung #Hamil #Penyanyi #Adira Suhaimi