Hiburan

Comelnya Maryam! Fizo & Mawar Sambut Birthday Pertama Anak Bertemakan Unicorn

gempak
Zulaikha Yusof
11/02/2019
03:58 MYT
Sponsor Banner
Comelnya Maryam! Fizo & Mawar Sambut Birthday Pertama Anak Bertemakan Unicorn
Anak kepada pasangan selebriti Fizo Omar dan Mawar Karim iaitu Wan Maryam menyambut hari lahirnya yang pertama baru-baru ini.
Fizo berkongsi beberapa foto menarik yang diambil sekitar sambutan majlis hari lahir anaknya itu menerusi ruangan Instagram (IG).
"Dah setahun dah anak solehah daddy mummy ni.
"Sayangku Cik Yam, membesarlah dengan penuh kasih sayang dan dengan redha Allah.
"Sayangilah semua orang sepertimana semua orang menyayangi mu.
"Bersihkan jiwa mu, ringankan tanganmu untuk sentiasa bersedekah dan membantu orang yang memerlukan, dahulukan ibumu di setiap keadaan.
"Doa dan amalan jariah mu lah yang akan menjadi makanan barzah daddy dan mummy nanti," tulisnya.
Berlangsung di Kajang, majlis bertemakan 'unicorn' itu dimeriahkan lagi dengan kehadiran ramai tetamu terutamanya ahli keluarga dan kenalan rapat.
Fizo dan Mawar sedondon manis memakai baju bertema putih.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen telah memberi ucapan terhadap Maryam serta mendoakan kesejahteraan buatnya.
Fizo berkahwin dengan Mawar pada 10 November 2013.
Pasangan ini menerima kehadiran pertama hati itu pada 29 Disember 2017.
Berikut adalah foto-foto menarik yang disediakan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024