Comelnya Mikayla... Serba Pink, Ini Foto-Foto Menarik Sekitar Sambutan Hari Lahir Anak Norman Hakim & Memey Suhaiza!

Kamaruddin Razal
Julai 14, 2019 17:31 MYT
Pasangan pelakon Norman Hakim dan Memey Suhaiza mengadakan majlis sambutan hari lahir untuk anak bongsu mereka, Mikayla Delisha Hakim semalam.
Memilih tema merah jambu, Mikayla baru sahaja menginjak usia setahun pada 12 Julai lalu.
Dimeriahkan dengan kehadiran keluarga besar mereka termasuklah Abby Abadi dan Jai Ezzany bersama keluarga, rakan-rakan selebriti lain seperti Datin Rebecca Nur Al Islam dan Adam Corrie turut hadir memeriahkan majlis.
Menerusi perkongsian hidup dibina pada tahun 2011, Norman dan Memey dikurniakan dua anak lelaki, Muhammad Darwisz Hakim, 6, Muhammad Dikhriz Hakim, 4, dan Mikayla.
Menerusi perkahwinan terdahulu Norman dengan Abby, mereka memiliki tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, 16, Marissa Dania Hakim, 13, dan Maria Danisha Hakim, 11.
Diadakan dengan cukup meriah di Walima Puri, Ampang, jom kita layan foto-foto menarik sekitar majlis sambutan ulang tahun pertama Mikayla:
#Memey Suhaiza #Norman Hakim