Comelnya! Pelakon Watak Khay Teruja Kembali Ke Sekolah, Siap Cikgu Tanya Apakah Kesudahan Drama I-Tanggang!
Izwan Isa
04/11/2021 11:50 MYT
04/11/2021 11:50 MYT
Sejak sekolah kembali dibuka pada 1 November lalu, banyak gelagat yang dapat dilihat dalam kalangan para pelajar. Sungguhpun perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP), namun, rata-rata mereka kelihatan gembira dapat bertemu rakan sebaya.
Hal ini turut dirasai oleh pelakon Danish Hazriq, 15, yang membawakan watak Khay menerusi drama bersiri popular, I-Tanggang.
“Jujurnya, perasaan saya sangat teruja apabila dapat kembali bertemu dengan rakan dan guru. Namun, dalam rasa gembira itu, saya perlu berjaga-ja kerana virus COVID-19 masih ada dalam kalangan kita.
“Berkenaan persediaan pula, tidak ada barang keperluan sekolah yang dibeli, semuanya saya gunakan apa yang ada kerana masih baru. Difahamkan juga pihak sekolah memberi kelonggaran untuk berpakaian biasa jika ada dalam kalangan murid-murid yang tidak mampu untuk beli uniform. Janji kemas,” katanya kepada Gempak.
Menurut Danish, impak yang diterima daripada drama bersiri I-Tanggang sangat besar sehingga ramai yang bertanyakan apakah kesudahan bagi drama tersebut.
“Saya terkejut dan teruja apabila setiap kali berjumpa dgn rakan-rakan, mereka akan bertanya tentang drama I-Tanggang. Mereka bertanya, apakah kesudahannya dan apa yang akan terjadi pada watak Esra, Syafiq, Mama Erma dan watak saya sendiri iaitu Khay.
“Impak ini juga menular dalam kalangan guru-guru saya. Mereka memaklumkan yang mereka terlalu geram dengan Erma dan Esra selain begitu simpati pada nasib Syafiq serta Khay. Apa yang kelakar, ada juga dalam kalangan guru-guru meminta supaya Khay menebuk balik dada mama!
“Saya betul-betul rasa terharu apabila ada antara mereka memberitahu yang mereka jarang menonton drama-drama melayu, tetapi dah mula bangga dan meminati drama melayu. Jalan cerita yang lain dari drama-drama sebelum ini,” katanya.
Sementara itu, pelakon cilik Aiman Badrul, 8, yang membawakan watak Khay ketika kecil turut teruja bertemu rakan-rakan pada 1 November lalu.
“Seronok rasanya apabila kembali ke sekolah pada hari pertama masuk sekolah. Rasa seronok itu datang setelah hampir setahun lebih tidak dapat berjumpa kawan-kawan sekelas.
“Cikgu dan kawan-kawan pun panggil saya dengan nama Khay I-Tanggang. Dalam group sekolah pun ada kawan-kawan post lakonan saya dalam I-Tanggang,” kata Aiman yang turut memberitahu ibu bapanya sangat mengambil berat tentang pembelajarannya sungguhpun Aiman kini aktif berlakon dalam tempoh persekolahan.
I-Tanggang mengisahkan tentang Khalil Rayyan atau Khay, penghidap kanser yang memerlukan kerusi roda untuk bergerak. Erma, ibu kepada Khay pula merupakan seorang influencer (pempengaruh) media sosial, penulis buku dan penjual minyak aromaterapi yang berjaya.
Konflik tercetus apabila Khay bertemu dengan dua rakan virtualnya, Royal-E (Esra) dan CapeqRyder (Syafiq) lalu menubuhkan kumpulan sembang ‘I-Tanggang’.
Dilakonkan oleh Faizal Hussein, Sherie Merlis, Danish Hazriq, Nadhir Nasar, Emma Sofea, Emelda Rosmila, Wan Raja, Zarina Zainuddin, Sofia Jane dan Andy Teh drama I-Tanggang disiarkan setiap Isnin, bermula 13 September 2021 pukul 9 malam di Astro Citra.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!