Comelnya Tiara! Majlis Akikah Puteri Achey Dirai Bersama Anak Tahfiz

Syafiqah Jalal
September 11, 2018 09:13 MYT
Majlis akikah anak angkat pelawak Achey iaitu Nur Tiara Zinnirah Nasir diadakan dengan meriah semalam sempena sambutan Maal Hijrah.
Lebih meriah apabila majlis itu dirai bersama anak-anak dari sebuah pusat pengajian tahfiz.
Tiara yang berusia empat bulan itu kelihatan sangat comel dengan memakai gaun putih.
Isteri Achey iaitu Nor Hasanah Yahaya telah memuat naik foto-foto sepanjang majlis tersebut berlangsung.

Pasangan ini menerima kehadiran permata hati itu di Hospital Kuala Lumpur pada 22 Mei lalu.

#Anak #Achey Bocey #Pelawak #Akikah #Achey