“Comfortable Sharing My Problems On Instagram Because…” – Dr. Say Shazril

Mya Amri
Jun 14, 2019 15:01 MYT

Pengacara My Doctors, Dr. Say Shazril akui mempunyai sebab suka berkongsi masalah di media sosial.

Dr.Say menjelaskan perkara itu menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagramnya semalam.

Menurut Dr.Say, dia melakukan perkara itu kerana mempercayai pengikut Instagramnya.

“Tahukah anda majoriti kes kemurungan berlaku akibat tidak berkongsi masalah yang di alami? Sebab ada yang persoalkan kenapa saya ekspresikan kegelutan saya di sosial media.

“Well peeps, I’m comfortable sharing my problems on my Instagram coz I trust my followers very well.

“Lepas saya buat post koyak aritu, ramai mesej saya personally comforting & reassuring me that its normal to feel what I felt. Tak dilupakan lebih 600+ comments berkongsi pengalaman & kata-kata semangat kat post tu.

“And you know what? I felt RELIEVED. Rasa macam satu beban yang besar berjaya diselesaikan. Betul macam ampa cakap yang this is a process & THIS TOO SHALL PASS & betoi gak nasihat ampa yang kalau baby tengok parents tenang dia pun akan turut tenang.

“Tak sabar nak tunggu baby saya besaq sikit tuk tengok dia duduk, berjalan, berlari & paling best, panggil saya Daddy.

“Now I look at my life differently. Sekarang saya betul-betul akur yang parenting life is never gonna be the same as "laki bini tanpa baby" life.

“Seriously thank you sooo much peeps. Kalau bukan sebab kalian, saya rasa saya masih diambang breakdown. Thank you all of you, again.

“P.S: Saya juga ingin meminta maaf sebab bukan saya tak bersyukur dengan pemberian-Nya cuma saya hidup berdua dengan bini dah 5 tahun, bila hadir orang ketiga jadi "terkejut" saya dibuatnya. New parents biasalah macam orang utara cakap, peghak sikit,” jelasnya.

Dr.Say dan isterinya, Dr Azura Abas telah berkahwin sejak 30 Mac 2014 selepas lima tahun berkenalan.

Pasangan ini selamat menimang cahaya mata pertama mereka pada 5 Mei lalu.

#”Dr #Say #Shazril”