Pelakon Ashraf Muslim berasa terharu dan bangga melihat kejayaan Erina Emalina, wanita warga Malaysia yang menjuarai sukan memanah berkuda peringkat dunia.

Ashraf merasakan para peserta sukan memanah berkuda dari Malaysia sangat hebat, tidak kira lelaki ataupun perempuan.

"Rasa terharu dan terkesima sangat-sangat, akak @emerismail ni memang terer lah! Kalau nak tahu Malaysia memang hebat dalam memanah berkuda, tak kisah lelaki atau perempuan, dua-dua hebat," tulisnya menerusi Instagram.

Dalam pada itu, Ashraf turut memberi bayangan dia merancang untuk menceburi sukan tersebut suatu hari nanti.

"Insya-Allah, giliran saya akan tiba. Sebagai orang Melayu dan Islam kena belajar dan mahir memanah berkuda.

"Banyak kelebihannya, sama-sama kita angkatkan sukan memanah berkuda Malaysia di mata dunia.

"Apa? Ashraf Muslim bila lagi? Coming soon! Tunggu!," tulisnya lagi.

Meninjau ruangan komen entri berkenaan, rata-rata pengikut Ashraf meninggalkan respon positif.

Ramai juga yang menyedari akan kebaikan memanah berkuda yang merupakan salah satu daripada sunah Rasulullah SAW itu.

Rasa terharu dan terkesima sangat-sangat. Akak @emerismail ni mmg terrrerrr lahhh!. Kalau nak tahu Malaysia memang hebat dalam memanah berkuda , tak kisah lelaki atau perempuan. Dua-dua hebat. Tahniah!!! insyaAllah.. my turns will come. Mula jatuh cinta dengan memanah berkuda bila mengenali @akmaldahalan_ad di @ladangalamwarisan . Sebagai org melayu dan islam kena belajar dan mahir dalam memanah berkuda. Banyak kelebihannya. Sama-sama kita angkatkan sukan memanah berkuda Malaysia di mata dunia. Apa? Am bila lagi?? Coming soon! Tungguuuuuuu! @ladangalamwarisan @kbsmalaysia @ashrafslegacy @ashrafmuslimsmuayyid #salamsayangsampaikesyurga

A post shared by Ashraf Muslim (@ashrafmuslim) on