Anggota kumpulan K-Pop terkenal dunia, BTS SUGA menjadi perhatian apabila hadir ke perlawanan kelab baseball terkemuka, LA Dodgers yang berlangsung baru-baru ini.

Malah kedatangannya juga dianggap sebagai tuah oleh kelab baseball berkenaan selepas menang perlawanan sebanyak 9-0 menentang pasukan Atlanta Braves pada Isnin.
SUGA kemudiannya menjadi perhatian penonton selepas pihak Dodgers merakamkan gelagatnya menerusi kamera sebelum dipaparkan ke skrin besar di stadium berkenaan.

Gelagat SUGA itu juga turut dimuat naik menerusi akaun Twitter rasmi, Los Angeles Dodgers (@dodgers).
“A complete-game shutout and a three-homer game? We're going to need you back at the stadium again soon, @BTS_twt!” tulisnya.

SUGA yang hadir dengan memakai jersi beserta nama pitcher terkenal Korea yang merupakan pemain Dodgers, Ryu Hyun Jin sempat bertemu pemain itu selepas tamat perlawanan.

Menerusi pertemuan itu juga, SUGA memberitahu dia pernah hadir ke perlawanan Hyun Jin sebelum ini.

“Saya datang dan melihat kemenangan kamu. Saya juga pernah hadir ke perlawanan Dodgers sebelum ini, lebih kurang lima tahun yang lalu tetapi pada waktu itu Kershaw yang bermain sebagai pitcher,” ujarnya.
Dalam perkembangan lain, BTS yang dianggotai oleh Jin, RM, SUGA, J-Hope, Jimin, V dan Jungkook ini baru sahaja memulakan konsert siri jelajah ‘Love Yourself: Speak Yourself’ bertempat di Rose Bowl Stadium, Los Angeles pada Sabtu dan Ahad lalu.

Selepas ini, BTS bakal ke lokasi seterusnya iaitu Chicago sebelum meneruskan konsert jelajah “Love yourself: Speak Yourself” di Brazil, United Kingdom, Eropah Timur dan mengakhirinya di Jepun.

Di sini Gempak kongsikan foto-foto menarik SUGA sepanjang perlawanan berlangsung: