Penyanyi dan juara program Big Stage, Sarah Suhairi berkongsi sebuah video memakai 'facial mask' ketika sedang membeli makanan di kaunter pandu lalu (drive thru).

Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya.

"Confident itu penting kawan-kawan," tulisnya rigkas sebagai kapsyen.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut Sarah meninggalkan komen positif, rata-rata mereka berasa terhibur melihat gelagat Sarah.

'Confident sangat.

'Boleh cuba ni jadikan satu challenge.

"Confident tu penting.

"Viral lah lepas ni mesti ada orang buat challenge," tulis netizen.

Confident itu penting kawan kawan (LAWAAA LAAA ADEEKKKKKK HAHAHAHAHAHA)

A post shared by Sarah Suhairi (@sarahsuhairi) on


Sarah merupakan juara pertandingan Big Stage yang turut berentap bersama empat finalis lain iatu Syafiq Farhain, Afieq Shazwan, Wani Kayrie dan Baby Shima.