Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“Confirm Berdekah Ni”- Peminat Tak Senang Duduk Tunggu Filem Hantu Ke Lima, Nak Tengok Shiha Zikir Katanya!

Hanafis Haris
06/10/2021 08:17 MYT

Tinggal satu hari saja lagi tarikh tayangan, peminat dilihat tidak sabar untuk menyaksikan filem genre komedi seram terbaru, Hantu Ke Lima.

Membariskan ramai pelakon hebat, rata-rata netizen nampak gayanya lebih tertarik untuk menyaksikan penampilan penyanyi dan aktres, Shiha Zikir.

Menerusi ruang komen di Instagram, ramai meluahkan keterujaan mereka untuk melihat sejauh ‘prestasi’ komedi Shiha dalam filem berkenaan.

Malah, rata-ratanya bersetuju mengatakan Shiha antara kekuatan utama filem berkenaan.

“Aku excited nak layan filem ni sebab Shiha Zikir je”.

“Kalau nak tengok pun sebab Shiha je, confirm berdekah ni”.

“Orang nak tengok shiha, mesti lawak kalau dia ada, tak sabar,” kata beberapa netizen.

Anda boleh lihat trailer tersebut di bawah.

Apapun, jika mahu melihat bagaimana lakonan Shiha dalam Hantu Ke Lima, nantikan kemunculan filem bermula esok, 7 Oktober!

Sekadar info, filem arahan pengarah Azhari Zain dan berdurasi 90 minit ini mengisahkan tentang Auni Qaisara Putri (Raysha Rizrose) mencari perlindungan setelah dianiaya oleh ibu tirinya Puan Sri Zaleha (Adibah Noor) dalam skim pelaburan saham yang merugikan.

Puncak Mahligai kediaman mewah peninggalan arwah ayah Auni yang dipelihara oleh Iskandar Syah (PU Azman) dan isterinya, Kam (Elly Mazlein) menyimpan seribu satu misteri.

Pada masa sama, TKO Studio yang diusahakan Taufiq (Aisar Khaled), Kent (Izzue Islam) dan Oya (Shiha Zikir) sedang dalam kejatuhan dan mereka bersetuju untuk bekerjasama dengan Puan Sri Zaleha dalam mempromosi Puncak Mahligai untuk menarik minat pelabur.

Namun mereka kemudian berhadapan dengan pelbagai kejadian mistik.

Auni Qaisara Putri akan mempertahankan satu-satunya kenangan bersama arwah ayah dan ibunya di Puncak Mahligai.

Saksikan filem komedi seram, Hantu Ke Lima yang akan berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 7 Oktober 2021.

Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.

Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.





#Viral #Shiha Zikir #AstroShaw #HantuKeLima