Pengarah yang juga kini menjadi seorang pelakon, Michael Ang kali ini mengejutkan ramai apabila berkongsi satu posting keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Instagramnya.

Pada entri tersebut, Michael Ang berkongsi keputusan SPM seorang yang bernama Ryan Ang dan mengakui bahawa keputusan SPM tersebut adalah kepunyaan anaknya.

"Salam semua. Congrats to anakku! Tak sangka otak kau pandai. Tak sangka keturunan aku ada yg Pandai belajar ingatkan Pandai shopping aje.

"May your dream to a be Doctor do come thru! Sorry Sebab baru post hari ni berpikir panjang and lama baru decided to post sbb takut org Cakap kita menunjuk! All I can say pergi mampus yg pikir aku nak menunjuk! Luv u!," tulis Michael pada entri tersebut.

Salam semua. Congrats to anak ku! Tak sangka otak kau pandai. Tak sangka keturunan aku ada yg Pandai belajar ingatkan Pandai shopping aje. May your dream to a be Doctor do come thru! Sorry Sebab baru post hari ni berpikir panjang and lama baru decided to post sbb takut org Cakap kita menunjuk! All I can say pergi mampus yg pikir aku nak menunjuk! Luv u!

A post shared by Michael Ang (@michaelang38) on


Rata-rata netizen mengucapkan tahniah di atas kejayaan tersebut, namun ada segelintir yang tertanya-tanya kerana ramai yang menyangka bahawa Michael masih bujang.



Saksikan drama-drama karya dan arahan Michael Ang pada telefon pintar anda melalui Aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.