Hiburan
“Congrats sayang! Miss u so much” - Komen Laudya Cynthia Bella Dapat Perhatian Netizen
Anak kepada penyanyi Erra Fazira, Engku Aleesya meraih kecemerlangan akademik program matematik dan bahasa Inggeris di sekolahnya.
Berita gembira itu dikongsi menerusi Instagram milik Erra sehingga ramai peminat turut memuji dan mengucapkan tahniah kepada Aleesya.
Foto yang dikongsi itu merakamkan Aleesya, 10, comel mengenakan cermin mata bulat sambil memegang sijil penghargaan yang diterima beserta dua medal.
Selain bijak dalam akademik, netizen turut sama memuji wajah cantik Aleesya yang saling tak tumpah persis ibunya.
Selain dilabel ‘copy paste’, ada juga yang berseloroh bahawa Erra dan anaknya itu ibarat adik-beradik.
Turut mendapat perhatian adalah komen daripada ibu tirinya, pelakon Indonesia Laudya Cynthia Bella.
“Congrats sayang! Miss u so much. Big hugs untuk Aleesya ya mom”, tulis Bella di ruangan komen.
Bertuah Aleesya dapat dua ibu yang penyayang!
Terdahulu, Erra dan Emran pernah berkahwin pada tahun 2007 namun begitu jodoh mereka tidak berpanjangan apabila berpisah pada tahun 2014.
Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Engku Aleesya pada 30 Mac 2009.