Tidak dinafikan telefon pintar semakin luas penggunaanya dengan kecanggihan yang sedia ada. Jika dulu kita lihat setiap momen indah atau penting ingin dirakam mesti perlu kamera.

Kini tidak lagi, tanpa kamera pun anda sudah boleh merakam sesuatu momen indah atau mahu berkarya terutamamya kepada golongan pencipta konten!

Ya memang benar, semakin hari kita lihat semakin ramai pencipta konten di laman sosial yang kebanyakannya datang dari golongan anak muda yang berkongsi konten yang dihasilkan.

Justeru, untuk merakam dan menghasilkan konten dengan hasil kualiti video yang terbaik, Samsung hadir dengan Samsung Galaxy S23 Series yang terdiri daripada Samsung Galaxy S23 Ultra, Samsung Galaxy S23+ dan Samsung Galaxy S23 yang menjadi pilihan paling bijak untuk korang wahai pencipta konten.

Kerana apa? Kerana Samsung Galaxy S23 Series merupakan salah satu siri daripada Samsung yang memiliki kamera tercanggih ketika ini.

Masih tak percaya? Jom kami kongsikan 4 sebab kenapa anda perlu memiliki Samsung Galaxy S23 Series sekarang!

#1 200MP

Dengan memiliki kamera tercanggih, Galaxy S23 Ultra yang mempunyai kamera utama 200MP baharu akan membantu anda merakam detik-detik epik dengan ketepatan yang luar biasa.

Ia juga hadir dengan pengesan Adaptive Pixel baharu yang menyokong proses resolusi tinggi sekaligus membantu anda menangkap atau merakam kualiti yang benar-benar terbaik.

Selain itu, melihat kepada kepentingan kamera swafoto yang sememangnya digemari ramai orang ketika ini, Samsung Galaxy S23 Series memperkenalkan autofokus pantas dan kamera swafoto Super HDR, melonjak daripada 30fps kepada 60fps, untuk mendapatkan imej dan video bahagian hadapan yang lebih baik.

Menarik lagi, anda mempunyai pilihan mengikut citarasa anda dengan memilih gambar beresolusi 12MP, 50MP atau 200MP. Memang best!

#2 Nightography (Kesan malam)

Samsung Galaxy S23 Series turut disesuaikan untuk hampir semua keadaan pencahayaan dan bentuknya direka untuk memberikan perincian yang luar biasa sekaligus memudahkan mana-mana peringkat jurugambar merakam kandungan fenomenal, siang atau malam.

Malah, algoritma kamera yang dipertingkatkan akan mengoptimumkan foto dan video dalam pelbagai keadaan ambien iaitu keadaan yang sangat gelap dan meningkatkan keupayaan nightography.

Kamera menghadap hadapan 12MP yang dipertingkatkan dengan fokus auto piksel dwi membantu merakam suasana malam yang jelas dan dengan bunyi yang lebih rendah, serta kesan bokeh semula jadi pada waktu malam.

#3 Penstabilan imej optik berganda (OIS)

Dengan dua kali ganda toleransi OIS kepada 3 darjah, peranti anda boleh mengendalikan lebih banyak goncangan/gegaran berbanding siri generasi sebelumnya.

Jadi, walaupun dalam keadaan cahaya malap atau dalam situasi yang biasanya menghasilkan kabur, video anda akan tetap menjadi lebih stabil.

#4 Ciri tambahan pada kamera


Anda boleh merakam video dengan kesan lebih sinematik dengan video 8K yang dipertingkatkan pada sudut yang lebih luas.

Samsung Galaxy S23 Series juga mempunyai AI yang berasaskan objek termaju yang akan menganalisis setiap butiran dalam skrin, malah hingga ke ciri objek kecil anda, seperti rambut dan mata.

Ia juga menggunakan aplikasi RAW Pakar untuk penangkapan dan pengeditan imej seperti gaya kamera DSLR untuk kawalan dan penyesuaian kreatif yang terbaik. Sudah boleh dianggap seperti studio profesional tetapi versi mudah dipegang dengan tangan anda. Jadi, dah boleh ucapkan selamat tinggal kepada peralatan kamera yang besar!

Selain itu, ciri rakaman Audio 360 baharu yang boleh menangkap bunyi sehingga 360 darjah menggunakan mikrofon dalam setiap fon telinga. Memadankan Galaxy Buds2 Pro dengan telefon pintar Samsung Galaxy S23 Series, sesiapa sahaja boleh membuat penggambaran seperti seorang profesional dan menangkap audio dengan bunyi yang realistik dan berkualiti tinggi.

Anda juga boleh menggunakan earphone/headphone yang disambungkan dan memainkan semula video pada peranti untuk mendengar bunyi yang dirakam seperti hidup dan mengasyikkan.

Dalam masa sama, keupayaan zoom baharu pada aplikasi Pengawal Kamera Galaxy Watch5 Series memberi anda kuasa untuk menangkap sudut sempurna terus dari pergelangan tangan anda sahaja.

Anda sudah mengerti sekarang, mengapa Samsung Galaxy S23 Series merupakan pilihan terbaik untuk pencipta konten? Malah ia juga boleh menjadi pilihan utama kepada golongan anak muda dan pecinta game!

Dapatkan Samsung Galaxy S23 Series yang terdiri daripada Samsung Galaxy S23 Ultra, Samsung Galaxy S23+ dan Samsung Galaxy S23 dengan membuat tempahan pre-order di laman rasmi dengan klik di sini sementara stok masih ada!

Nak video cantik? Nak kualiti terbaik? Milik Galaxy S23 Series sekarang!