Gaya Hidup

"Content Salah, Timing Pun Salah” - Netizen Selar Peraduan TikTok Ini Kerana...

gempak
Azwa Rahman
09/04/2020
10:13 MYT
Sponsor Banner
"Content Salah, Timing Pun Salah” - Netizen Selar Peraduan TikTok Ini Kerana...
Kecoh di media sosial apabila sebuah peraduan yang dijalankan menerusi aplikasi TikTok mendapat perhatian netizen.
Menerusi laman sosial Twitter, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Noraini Ahmad memuat naik video berdurasi 45 saat bersama dua personaliti media sosial dan sekeping poster untuk mempromosikan peraduan tersebut.
Namun kicauan tersebut telah dipadam setelah ia mendapat maklum balas negatif daripada wargamaya.
Pertandingan TikTok anjuran Kementerian Pengajian Tinggi ini meminta semua pelajar universiti menghasilkan video TikTok paling kreatif.
Difahamkan peraduan dibuka bermula 8 hingga 14 April dan video yang paling kreatif akan menerima hadiah istimewa.
Hasil tinjauan Gempak di ruangan Twitter, penyertaan Dr. Noraini menggunakan aplikasi TikTok mengundang pelbagai maklum balas daripada wargamaya.
Ada yang mendakwa peraduan ini umpama percubaan yang ‘try hard’ Dr. Noraini untuk mendekati para pelajar.
Tidak kurang juga ramai yang tidak bersetuju dengan pemilihan dua personaliti media sosial iaitu Norreen dan Iskandar Rahman yang dikatakan tidak memberikan impak positif.
“Contest Tik-Tok dari KPT. Bagi saya benda ni tak pelik untuk Menteri Pengajian Tinggi anjurkan sebab ia pendekatan sosial dengan para pelajar. Yang saya pelik fungsi dua Influencer tu dari segi apa? Pilihlah influencer dari kalangan student YB,” tegur seorang wargamaya.
“Peraduan TikTok tu dah hilang daripada radar. Kicauan mempromosikan peraduan tu pun dah dipadam oleh kementerian. Kerosakan dah pun dilakukan, sekarang masa untuk terima akibatnya. Semoga berjaya,” kata seorang wargamaya.
“Menteri Pengajian Tinggi guna Tiktok nak dekatkan diri dengan pelajar universiti. Mereka ambil PR rempit bodoh mana ni?” tanya seorang wargamaya.
“Kementerian Pengajian Tinggi, timing salah nak buat benda ni. Orang yang terlibat pun salah. Content pun salah. Aduhh!” komen seorang wargamaya.
Terkini, peraduan tersebut telah pun ditarik balik oleh Kementerian Pengajian Tinggi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live