Laman Utama

Converse Dekati Gen Z! Semarakkan Kempen 'Connect With The Unexpected. Create Now. Create Next' Dengan Wobbebong & Porcelane

gempak
Amri Hassan
02/03/2023
11:51 MYT
Sponsor Banner
Converse Dekati Gen Z! Semarakkan Kempen 'Connect With The Unexpected. Create Now. Create Next' Dengan Wobbebong & Porcelane
Seiring dengan kempen Musim Bunga 2023, rangkaian fesyen terkenal Converse melancarkan kempen 'Connect With The Unexpected. Create Now. Create Next' dengan mengetengahkan dua band indie Wobbebong dan Porcelane.
Jenama fesyen itu bermatlamat untuk menguasai komuniti generasi muda terutamanya Gen Z. Malah, kempen terbaharu Converse itu juga memperkasa dan memberikan ruang dalam ekspresi muzik, sukan, seni dan fesyen dalam gaya tersendiri.
'Connect with The Unexpected. Create Now. Create Next.' ialah kempen kreatif terkini Converse yang menyokong misi Converse untuk memperkasakan ekspresi diri dan kreativiti komuniti di dalam bidang sukan, muzik, seni dan fashion kerana ia menampilkan perkongsian rentas-disiplin yang tidak dijangka antara bakat tempatan.
Dalam bahagian pertama kempen, Converse bekerjasama dengan ahli muzik experimental yang bernama Wobbebong dan kumpulan rock Porcelane untuk menghasilkan soundtrack yang unik untuk kempen tersebut dengan menggabungkan gaya yang berbeza yang tidak dijangka.
Apa yang unik, dua band ini berkolaborasi melahirkan soundtrack berjudul No One Knows. Dan kedua-duanya bekerjasama dalam suasana jarak jauh, Wobbebong di Johor manakala Porcelane di Kuala Lumpur. Dan pertama kali mereka berjumpa di studio adalah pada waktu rakaman. Lagu ini akan dilancarkan pada 1 Mac 2023.
Acara terbabit berlangsung meriah menerusi pelancaran aktivasi “on-ground” pada di Whatever Works Coffee, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Pelancaran majlis juga mengetengahkan persembahan sokongan oleh Late Night Frequency, Pasca Sini dan DJ Choobs, pameran fotografi oleh ChumTheCat dan projection mapping dari Grasshopper, yang merupakan ahli All Star.
Tetamu juga dapat membawa pulang hasil seni yang dilukis tangan pada kasut Converse mereka oleh ahli All Stars Maimojie.
Converse meraikan wajah baharu dalam kalangan pemuzik, artis, pemain papan selaju dan ahli fesyen menerusi All Stars dan mencabar mereka untuk Create with the Unexpected. Create Now. Create Next.

Wobbebong

Wobbebong ialah duo terbaharu yang mula berjinak dalam industri sejak tahun 2021, terdiri daripada Aisya dan Hanna. Pada mulanya hanya memainkan lagu cover, kemudian terpanggil untuk menceburi lanskap indie dan mengorak langkah ke hadapan.
Mereka menggabungkan minat mereka dan mencipta sesuatu yang unik dan experimental.

Porcelane

Porcelane adalah kumpulan rock dari Malaysia dengan visi untuk mempersonakan pendengar melalui jalan cerita dan muzik. Mereka terdiri daripada Adam Ariff (vokal dan gitar rhythm), Ajith Nair (gitar lead), Sandro Guerzo(bass) dan Daud Ho(dram).
Setiap individu membawakan perspektif yang berbeza, diinspirasikan oleh band seperti Basement dan Nothing. Mereka sama sekali tidak gentar melawan stigma dan batas genre - dengan kombinasi midwest-emo, shoegaze dan pop-punk bagi menghasilkan sesuatu yang baharu dan chaotic.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024