Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Cool Sungguh! Sempena Sambutan Hari Pos Sedunia, Abang Posmen Sahut Cabaran #TetrisChallenge

Kamaruddin Razal
10/10/2019 03:50 MYT
#TetrisChallenge merupakan salah sebuah cabaran baru yang menjadi sensasi terkini wargamaya di laman sosial serata dunia.

Tercetus pada September lalu, #TetrisChallenge dimulakan oleh anggota polis di Zurich, Switzerland.

Mereka menyusun semua barangan yang ada di dalam kereta peronda dan mengambil foto 'flat lay'.

Gambar terbabit dikongsi di laman sosial Facebook dan mendapat pujian ramai netizen yang menyifatkan cabaran itu sebagai sesuatu yang unik.

Sempena sambutan Hari Pos Sedunia 2019 pada 9 Oktober (semalam), Pos Malaysia menyahut cabaran #TetrisChallenge sebagai tanda penghargaan kepada posmen yang sentiasa menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.

Hari Pos Sedunia (World Post Day) dimulakan oleh Kongres Kesatuan Pos Sedunia (UPU) di Tokyo, Jepun pada tahun 1969 bersempena dengan penubuhan Universal Postal Union pada tahun 1874 di Switzerland.

Sedikit fakta mengenai posmen Pos Malaysia, secara purata mereka membawa hampir 400 keping surat, 20 surat berdatfar dan 10 bungkusan kecil setiap hari.

Have you ever wondered what a postman carries every day? An average of 400 letters, 20 registered mail and 10 small packages ? . . . . #tetrischallenge #wpd2019 #posmalaysia #tqabangposmen

A post shared by Pos Malaysia Berhad (@pos4you) on


Menggunakan tanda pagar #tqabangposmen #tqposmenku sempena Hari Pos Sedunia 2019, Pos Malaysia menyeru orang ramai untuk menghargai pengorbanan semua posmen di luar sana!

Pos Malaysia menerusi laman Instagram rasmi mereka, @pos4you memuat naik foto #TetrisChallenge mereka beberapa hari lalu.

Mendapat lebih 5,600 tanda suka, ruangan komen entri terbabit dibanjiri dengan dedikasi ucapan terima kasih wargamaya kepada posmen yang bekerja dan memudahkan urusan harian mereka.

Abang Posmen and Warga Pos in action! Here's a glimpse of how we celebrated World Post Day at our post offices across Malaysia #wpd2019 #pos4you #posmalaysia #tqabangposmen

A post shared by Pos Malaysia Berhad (@pos4you) on

#Pos Malaysia #Posmen
;