Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Coolkan Sneaker Batik Zizi Kirana? Rupanya...

Syafiqah Jalal
16/03/2021 08:48 MYT
Persembahan penyanyi Zizi Kirana di pentas Anugerah Juala Lagu Ke-35 (AJL35) dilihat sebagai sesuatu yang unik apabila menggabungkan konsep nusantara dan hip hop.

Keunikan lebih terserlah apabila Zizi memakai sneaker batik dalam persembahan tersebut.

Sneaker jenis Nike Air Force 1 yang dipakai Zizi sebenarnya telah direka khas sedondon dengan busana dipakai penyanyi tersebut.

“Cantik kasut Zizi, nampaknya ia model Nike Air Force 1 custom yang dilukis mengikut corak baju Zizi. Kasut paling cool!,” komen salah seorang warga maya di laman sosial.

Pereka fesyen dan penata gaya yang dikenali sebagai Zulvanny menjelaskan konsep yang dibawakan serta memberitahu kasut Nike tersebut direka di saat akhir.

“Bila Zizi cakap dia mahu bawa jiawa Nya Roro Kidul atas pentas, saya tahu saya perlu keluar dari zon selesa.

“Saya bimbang sebenarnya nak menata gaya seperti yang dia mahu, membawa elemen dari karakter Nyai dan dalam masa yang sama ia tak lari dari diri Zizi.

“Banyak perubahan yang kami lalukan termasuk menukarkan kasut tumit tinggi kepada sneakers tapi kami berjaya!

“Terima kasih kepada semua yang membantu dan berjaya merealisasikan konsep ini.

“Terakhir sekali, terima kasih kepada ibu saya yang membantu bersama untuk mereka kasut Nike ini,” katanya.

Zulvanny berkongsi penjelasan tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut, dia memuat naik foto Zizi bersama penari-pernarinya di malam persembahan berkenaan.

Persembahan Zizi menerusi lagu Eh itu juga membuka mata juri sekaligus memenangi persembahan terbaik di AJL35.

A post shared by Zulvanny (@thezulvanny)

#Penyanyi #Zizi Kirana #Kasut #Batik #Nike #Persembahan
;