Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

"Copy Paste!" - Comelnya...Ramai Puji Anak Lelaki Alif Satar!

Asraf Aided 30/03/2020 | 00:00 MYT
Penyanyi dan hos Alif Satar berkongsi foto dirinya ketika masih kecil yang digabungkan dengan foto anak lelakinya, Muhammad 'Ali.
Perkongsian itu dibuat menerusi entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.
"Mat Alep dengan Mat 'Ali dua-dua sangat comel, tiber," seloroh Alif di ruangan kapsyen.
Perkongsian itu mendapat perhatian para pengikut Alif di ruangan komen.
Rata-rata mereka memuji kecomelan 'Ali dan mengatakan rupa parasnya kelihatan seperti Alif.
"Dua-dua comel.
"Cutie pie...dua-dua cute.
"Kawan baik di masa hadapan nanti.
"Copy paste tak payah ujian DNA dah," tulis netizen.

mat alep dengan mat ‘ali both very cute... tiber. #futuremessageformuhammadali

A post shared by Alif Satar™️ (@alifsatar) on

Terdahulu, 'Ali yang merupakan anak ketiga Alif bersama isterinya Shadila Halid dilahirkan pada 19 September 2019.
Sebelum itu, pasangan ini telah dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Alisha Anugerah dan Ariana Mecca.
#Alif Satar #Selebriti #Hos
;