Konsert keempat Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) menyaksikan Indigo dan Eva diumumkan sebagai bintang tersingkir.

Indigo dengan jumlah markah sebanyak 55.20 % manakala Eva memiliki markah terendah iaitu 55%.

Muss sekali mengekalkan kedudukan di tangga pertama dengan jumlah markah 74.60%.

BACA: Dua Penyingkiran, Eva dan Indigo Tinggalkan GV7

Selain kehebatan konsert, pasti ramai yang ingin tahu perkara yang berlaku sepanjang GV7 berlangsung.

Di sini Gempak kongsikan corat-coret GV7 minggu keempat antaranya:

1. Pembukaan klip tirai GV7 diperkenalkan dengan sketsa lucu. Namun watak toyol yang kerap mengucapkan “cincah cincah” mengundang rasa ‘geram’ penonton. Mungkin toyol berasal dari Korea kot kan?

2. Nabil agak terkawal ya ramai yang perasan hos tinggal lampai ini tidak ‘menggeletis’ seperti kebiasaan.

3. Nabil dan Jihan mematuhi SOP yang diperketatkan. Pasangan hos ini juga berdiri agak jauh antara satu sama lain.

4. Juri juga memakai pelitup muka dan face shield. Cayalah!

5. Juri jemputan kali ini menarik perhatian ramai. Bagi yang tidak tahu, Jennifer Thompson merupakan bekas isteri Tok Ram, sebab itulah Jihan dan Nabil galak mengusik hehe.

6. Di laman sosial, ramai yang usik Rozita Izlyn. Kata mereka vibrato Rozita berkilo-kilo. Amboi korang ada sahaja idea ya. Namun jangan bimbang, mereka hanya mengusik tetapi tetap sukakan persembahan Rozita. Best!

7. ”Telinga je beso tapi pekak!” - Selamba Jihan kenakan Nabil. Namun lawak itu berjaya membuatkan juri ketawa.

8. Comelnya Tok Ram bila cuba kecek Kelate sewaktu memberikan komen pada Aju Success.

9. Ramai yang sebak melihat Ashira menyampaikan lagu Cinta Beralih Arah. Penghayatan Ashira betul-betul mendalam.

10. Linda main gitar! Hebatnya sambil menyanyi sambil petik gitar. Ramai yang tak puas dengar petikan dan suara merdu Linda.

11. Yantzen terpaksa diusung keluar dengan menggunakan stretcher minggu lalu akibat masalah kesihatan. Penjelasan mengenai ketiadaan Yantzen Ahad lalu ditunjukkan menerusi rakaman pendek GV7 sebelum Yantzen memulakan persembahannya minggu ini.

Dikendalikan oleh dua hos versatil Jihan Muse dan Nabil Ahmad, GV7 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.

Teruskan menonton GV7 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.

Rangkaian program GV7 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’.

Untuk lima episod pertama, ‘Kapsul Gegar Vaganza’ akan disiarkan pada hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang bermula 5 Oktober 2020. Manakala siaran ulangan pula adalah pada jam 11.30 malam.

Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV7’ bermula 11 Oktober 2020.