Minggu kedua Muzikal Lawak Superstar (MLS2) menyaksikan penyingkiran kumpulan Jago.

Bagaimanapun kumpulan Jago yang dianggotai oleh Fiza Thomas, Chot XOXO dan Yus School of Lawak menerima keputusan tersebut dengan hati yang terbuka.

BACA: Markah Penuh MLS2: Tiada Rezeki, Jago Tersingkir

Selain persembahan, sudah pasti banyak perkara berlaku sepanjang MLS2 bersiaran.

Berikut merupakan antara corat-coret MLS2 di minggu kedua.

1. Kak Lina Pom Pom terpukau dan memuji juri tetap MLS2, Fazura yang kelihatan semakin cantik


2. Kepada yang tertanya, kumpulan Viral mendapat tiga bintang pada asalnya namun disebabkan mereka dinobatkan sebagai Star of The Week minggu lalu dan memilih ganjaran satu bintang, maka dicampur jumlah tersebut jadilah empat bintang.

3. Wow tak sangka ya Azmi boleh rap dengan begitu baik sekali! Love!

4. Hampir gugur jantung! Kumpulan Heart juga terkejut apabila Azmi tiba-tiba melakukan aksi balik kuang secara spontan semasa persembahan.

5. Watak Esah Janda Ezlynn menjadi, usikannya konon ingin mengorat Zul Ariffin menyebabkan juri tetap MLS2 itu ketawa.


6. Sewaktu dewan digelapkan, ramai yang risau melihat Ezlynn turun tangga dengan laju.

7. Persembahan kumpulan UNI antara yang menjadi pilihan penonton. Bab pemilihan lagu dan ubah lirik lucu tu memang lawak teruk!

8. Atu punya perangai memang buat penonton tak kering gusi! Paling geram bila Atu tunjuk baby kembar tiga yang di dukungnya. Mind blowing! Ingat dua rupanya tiga! Zul dan Fazura memang tak tahan ketawa. Fazura bagi empat bintang!

9. Janggo juga boleh tahan, dah semakin keluarkan taring sedikit demi sedikit. Fuh!

10. Sewaktu iklan ditayangkan di televisyen, penonton di yang berada di dewan dihiburkan dengan suara merdu Kak Lina Pom Pom yang menyanyi secara spontan. Aduh boleh cair kita wakkkk!

11. Minggu ini Datuk Awie kelihatan sedikit serius sewaktu menilai para bintang MLS2.

12. Kecoh satu dewan apabila Cik B membawakan watak ibunya, Datuk Vida! Wey menjadi sangat ni!


13. Datuk Awie yang serius pun tiba-tiba boleh gelak tonton Cik B, bayangkan betapa havocnya bila ada ‘Datuk Vida’ atas pentas. Hehehe.

14. Paling penting, babak berebut mic yang menjadi simbol popular Datuk Vida pun tetap ada ya!

MLS2 bersiaran setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)

Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 127) dan Warna HD (saluran 107).

MLS2 juga boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand serta platform digital melalui saluran YouTube rasmi Astro Gempak.

Untuk perkembangan terkini program Muzikal Lawak Superstar, layari laman web rasmi MLS2 di ‪www.gempak.com/muzikallawaksuperstar.

Undi mengundi bintang kegemaran anda mudah sahaja, klik DI SINI
.